Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sukan Sea: Skuad MTB berlepas awal sesuaikan tempat pertandingan

    SEPANG, 1 MEI – Pasukan berbasikal bukit (MTB) kebangsaan yang menjadi kumpulan pertama kontinjen Malaysia berlepas ke Vietnam untuk menghadapi Sukan SEA ke-31 berharap dapat segera menyesuaikan diri dengan keadaan trek pertandingan.

    Pengurus pasukan Firdaus Arshad berkata keadaan trek di Hoa Binh masih menjadi ‘rahsia’ dengan tiada maklumat diberikan tuan rumah, termasuk jarak sebenar menjelang acara tersebut yang dijadualkan pada 12 hingga 17 Mei.

    Beliau berkata setakat ini pihaknya membuat analisis sendiri berdasarkan makluman diterima daripada sumber tidak rasmi serta carian di Internet, dan hanya dapat mengetahui keadaan sebenar selepas berlatih di venue berkenaan bermula esok hingga 11 Mei.

    “Kita uji trek ini untuk membiasakan pelumba dengan trek berbeza kerana biasanya dalam tiga hingga empat kilometer (km) sahaja bagi satu loop, tetapi di Hanoi, 5km untuk kategori Cross Country Olympics (XCO) dan Cross Country Relay (XCR).

    “Bagi kategori downhill biasanya 1km, tetapi Sukan SEA kali ini lebih 2km,” katanya ketika ditemui Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

    Firdaus turut berharap kem latihan di Tanah Rata, Cameron Highlands selama tiga minggu pada bulan lepas dapat membantu meningkatkan prestasi pelumba negara pada temasya dwitahunan itu.

    “Pelumba kita sudah menunjukkan peningkatan dan bersedia untuk ber-hadapan dengan saingan utama antara-nya daripada pelumba tuan rumah, Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.

    Sementara itu, pelumba kategori XCO Muaz Abd Rahim, 33, melihat pengalamannya selama 10 tahun dalam sukan itu dapat membantunya merea-lisasikan impian membawa pulang pingat dari Hanoi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...