Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sukan SEA: Tiada kurantin, namun keputusan muktamad April

    KUALA LUMPUR, 28 FEB – Para peserta Sukan SEA Hanoi 2021 mungkin perlu menunggu sehingga akhir April untuk mendapatkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang muktamad, berdasarkan kepada situasi semasa menjelang temasya Sukan itu.

    Memandangkan virus itu terus ‘berkembang dan melonjak pantas’, penganjur dijangka mengeluarkan SOP muktamad serta langkah-langkah pencegahan hanya tiga minggu sebelum bermula Sukan itu, yang dijadualkan 12-23 Mei, dengan lebih banyak maklumat akan disediakan.

    Dengan kira-kira 10,000 atlet dan pegawai dijangka bertanding dalam 40 sukan yang terdiri daripada 526 acara dalam Sukan dwitahunan yang tertunda lebih setahun akibat pandemik COVID-19 itu; penganjur kini menetapkan pertandingan akan diteruskan walaupun terdapat kes yang disahkan dan lonjakan bilangan kes harian baru-baru ini.

    Naib pengerusi Jawatankuasa Kecil Perubatan dan Anti-Doping Sukan SEA ke-31, Nguyen Van Phu berkata berdasarkan cadangan semasa Kementerian Kesihatan Vietnam (MOH), tiada kuarantin diperlukan semasa ketibaan untuk peserta, namun mereka perlu mematuhi peraturan ‘gelembung sukan’.

    “Semua orang mesti diuji negatif sebelum ketibaan dan selepas tiba di Vietnam. Jadi sama ada kumpulan kecil atau besar, ia adalah kumpulan negatif (COVID-19).

    Mereka perlu mengikut pengangkutan yang disediakan untuk perjalanan, yang dikhususkan hanya antara penginapan ke tempat latihan dan pertandingan.

    “Bagi kes-kes positif, mereka akan diasingkan dan dikehendaki melakukan ujian susulan sehingga diuji negatif semula, manakala kontak rapat akan dipantau dan diuji secara berterusan,” katanya semasa sidang media antarabangsa pertama Sukan SEA Vietnam di Hanoi secara fizikal dan maya hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...