TOKYO, 4 FEB – Beberapa bintang terbesar sumo akan mengadakan perlawanan istimewa dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo, untuk memperkenalkan tradisi mereka kepada peminat sukan dari seluruh dunia.
Acara dua hari yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Ogos itu berlangsung selepas upacara penutupan Olimpik dan dijangka menampilkan juara besar atau ‘Yokozuna’, yang merupakan bintang terkemuka di Jepun.
Kakuryu berkata beliau tidak sabar untuk memperkenalkan sumo kepada seluruh dunia dan ‘menerima orang dari seluruh dunia.’
Ketua Persatuan Sumo, Hakkaku Nobuyoshi berkata, dia ingin penonton global memahami dengan lebih baik sukan itu, yang dipenuhi tradisi upacara Shinto. Pemenang akan menerima gelaran pada dua hari tersebut, dengan kedua-dua juara berentap di perlawanan akhir. Perlawanan akan dipentaskan dalam Bahasa Inggeris dan Jepun, kata jurucakap persatuan sumo Shibatayama Yasushi. – AFP




























