Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Sukan tahunan erat hubungan ibu bapa, warga sekolah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Rumah Cempaka telah dinobatkan sebagai juara dalam Sukan Tahunan 2023, Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-guru Melayu Brunei Darussalam (PGGMB) Cawangan Kampung Madang (STJ Madang) yang berlangsung di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 30 September lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Pertandingan itu dibahagikan kepada tiga acara utama iaitu Acara Sukan Pelajar, Acara Sukan Ria dan Acara Sukan VIP yang disertai oleh pelajar-pelajar, guru-guru, ibu bapa dan jemputan-jemputan VIP.

    Penyertaan Acara Sukan Ria melibatkan semua peringkat pelajar daripada kelas-kelas Tadika hingga Tahun 1 dan 6. Antara acara yang dipertandingkan adalah Lari Menyusun Nombor, Lontar Peluru, Lari Membina Perkataan, Lompat Jauh, Larian 25 – 70 meter, Pertandingan Bola Dalam Sudu dan lain-lain.

    Acara diakhiri dengan Pertandingan Larian Pecut 50 meter bagi ibu bapa, Pertandingan Relay Rendah Bawah dan Rendah Atas 4 x 50 meter (mengikut rumah) dan Pertandingan Membawa Belon Dicelah Kaki yang disertai oleh guru-guru.

    Dalam sukan tahunan berkenaan, Rumah Cempaka memenangi tempat pertama dengan mengutip 25 pingat diikuti dengan Rumah Mawar dengan 18 pingat, Rumah Teratai dengan 15 pingat serta Rumah Simpur dengan 14 pingat.

    Sukan tahunan tersebut adalah sebagai persediaan Sukan Mini Sekolah-sekolah PGGMB yang dijadual diadakan pada 18 November nanti.

    Acara sukan tahunan sekolah itu bermatlamat untuk melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar di peringkat sekolah, melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat serta mengeratkan hubungan yang baik dalam kalangan ibu bapa dan warga sekolah.

    Haji Mustapa bergambar ramai dengan juara Sukan Tahunan 2023, STJ Madang, Rumah Cempaka. – Gambar serahan PGGMB

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...