Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sukar bernafas hingga masuk hospital

    Penyanyi rap, Post Malone terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas dan sakit di bahagian dada.

    Memetik laporan Mirror, kesakitan yang dilalui penyanyi rap berusia 27 tahun itu dipercayai kesan daripada kemalangan di atas pentas semasa mengadakan persembahan di St Louise, Missouri, baru-baru ini.

    Ketika kejadian tersebut, Post Malone atau nama sebenarnya Austin Richard Post hanya menda-patkan rawatan selama 15 minit sebelum kembali semula ke pentas untuk meneruskan persembahannya.

    Bagaimanapun, keadaan penyanyi berkenaan semakin teruk dan terpaksa dikejarkan dihospital.

    Bukan itu sahaja, Post Malone juga dikatakan telah membatalkan konsert di Boston, Massachusetts yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini. Menerusi akaun Instagram penyanyi berkenaan, dia meminta maaf pada peminatnya yang menantikan konsert di Boston itu selain memberitahu keadaan dirinya.

    “Boston, saya sangat menyayangi kamu semua. Saya rasa sihat malam tadi tetapi hari ini saya rasa berbeza dari sebelumnya.

    “Saya mengalami masalah sukar bernafas dan sakit yang menusuk sehingga menyukarkan untuk bergerak. Saya berada di hospital sekarang. Dengan rasa sakit ini saya tidak boleh buat persembahan,” katanya.

    Walau bagaimanapun, Post Malone memaklumkan akan kembali membuat persembahan selepas keadaannya semakin membaik.

    “Saya akan jumpa awak tidak lama lagi. Saya minta maaf, Love Austy,” katanya lagi. – Agensi

    Post Malone batalkan konsert di Bostan selepas dikejarkan ke hospital. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...