Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sukar cari penaja, Nizam beralah

    Berdepan kesukaran mencari penaja, malah pernah dalam suatu insiden, cadangan diajukan disambut sinis majikan sebuah syarikat swasta, Nizam Laksamana menjadikan Showcase Amal Keluarga Malaysia – Artis Legenda 3.0, Jun depan, sebagai program terakhir syarikat produksi miliknya.

    Nizam yang mengusahakan Nizam Laksamana Production mengakui sukar meraih kepercayaan pihak lain untuk menjadi penaja atau membeli meja bagi program ‘showcase’ yang berpaksikan misi amal.

    “Persembahan pada 4 Jun depan adalah ‘showcase’ terakhir saya, cukuplah tiga kali. Saya hanya mahukan kesempurnaan yang meninggalkan kesan mendalam.

    “Bukan mudah menganjurkan program seumpama ini. Namun, atas sebab darah seni yang mengalir, ia mengatasi segala-galanya,” katanya kepada wartawan.

    Showcase Amal Keluarga Malaysia – Artis Legenda 3.0 akan diadakan di Bangi Resort Hotel bertemakan pakaian serba hitam atau ‘all black’ pada jam 8 malam, 4 Jun depan.

    Berdepan kesukaran mencari penaja, Nizam Laksamana menjadikan Showcase Amal Keluarga Malaysia – Artis Legenda 3.0 sebagai program terakhir syarikat produksi miliknya. – Agensi

    Selain Nizam, program yang mendapat kerjasama Saudagar Seni dan Cancer Survivors Malaysia itu turut menampilkan Ezad Lazim, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmad Mega dan Zarul Husin.

    Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid menjadi penaung kepada acara itu.

    Nizam berkata, ibarat pepatah Inggeris berbunyi ‘the show must go on’, dia reda dan meneruskan niat murni menjayakan edisi ketiga ‘showcase’ berkenaan bagi membantu pesakit kanser.

    “Idea tercetus kerana isteri saya bergelut dengan kanser. Saya faham kesukaran mereka melalui dugaan ini. Saya mengerti kos perubatan penyakit ini sangat mahal dan mengambil masa lama.

    Nizam berkata, pada edisi ketiga ‘showcase’ berkenaan, sejumlah sumbangan akan disalurkan kepada organisasi Cancer Survivors Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...