Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    ‘Sukar jadi wanita cantik, sering diburu gosip cinta’

    Gosip cinta bukan perkara baharu yang perlu dilalui penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43.

    Silih berganti lelaki dikaitkan dengan pemilik nama Sri Rossa Roslaina Handayani selepas hidup sendiri lebih 13 tahun berpisah dengan bekas suami yang juga pemain dram kumpulan Padi, Yoyo.

    Terbaru, Rossa diheret dalam konflik rumah tangga Reza Arap dan isterinya, Wendy selepas berita kecurangan penyanyi dan YouTuber popular itu tersebar.

    Ia susulan Reza muncul memberi kejutan kepada Rossa dengan membawa sejambak bunga ketika mengadakan konsert di Bandung.

    “Sulit menjadi wanita cantik (tertawa). Saya hanya tertawa membaca komen ditulis dalam media sosial.

    Rossa memuat naik ciapan menyatakan lebih suka lelaki bermata sepet. – Agensi

    “Jika mempunyai hubungan bersama Reza sudah tentu ia tidak akan dilakukan atas pentas, sebaliknya di belakang pentas.

    “Selepas penat membaca pelbagai komen, saya akhirnya memuat naik ciapan di laman Twitter yang saya lebih sukakan lelaki bermata sepet,” katanya kepada BH Online.

    Rossa ditemui pada sidang media Konsert Amal Rossa 25 Shinning Years, kelmarin. Konsert berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 5 November depan.

    Sehingga kini, tiket menyaksikan Konsert Amal Rossa 25 Shinning Years hanya berbaki 20 peratus.

    Penyanyi yang popular menerusi lagu Hati Yang Kau Sakiti itu juga mendedahkan menerima panggilan telefon daripada penyanyi dangdut popular, Lesti Kejora mengadu mengenai masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi.

    Rossa berkata, Lesti menghubunginya pada malam kejadian selepas suami yang juga penyanyi, pelakon dan pengacara, Rizky Billar melakukan kekera-san terhadapnya.

    “Saya mempunyai hubungan baik dengan Lesti, ibarat kakak dan adik.

    “Kami saling mengenali ketika Lesti dan Rizky masih bercinta, berkahwin dan dikurniakan cahaya mata.

    “Dua hari sebelum bersalin, Lesti masih memenuhi undangan menyanyi di konsert saya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...