‘Sukar untuk dipercayai’

SINGAPURA, 14 Sept – Esteban Ocon berkata adalah ‘sukar dipercayai’ untuk tidak memandu dalam perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan, sebagaimana yang diramalkan buat Force India.

Ocon yang memiliki perjanjian sementara buat Renault, namun tindakan mengejut pengeluar Perancis itu untuk menandatangani Daniel Ricciardo daripada Red Bull, telah mengetepikan pemandu muda Mercedes yang mengagumkan itu.

“Masih terdapat harapan, sekurang-kurangnya anda tahu,” kata pemandu muda dari Perancis itu kepada pemberita menjelang siri perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura hujung minggu ini.

“Sukar untuk dipercayai apabila saya berada dalam kedudukan yang cemerlang dua bulan lalu dan segala-galanya hilang begitu saja.”

Ocon ketika bersedia menjalani latihan perlumbaan sesi pertama di GP F1 di Singapura, kelmarin. – AFP

Pemilik baharu Force India, hartawan Kanada, Lawrence Stroll, akan mendedahkan anaknya Lance tatkala pemandu kedua pasukan itu buat musim akan datang bersama Sergio Perez, yang sudah pasti dengan kedudukannya.

“Saya tidak kecil hati tetapi saya benar-benar kecewa. Saya tidak marah terhadap sesiapa pun,” kata Ocon, di mana harapannya mulai hambar untuk mengambil alih kedudukan Stroll di Williams.

“Saya bekerja keras untuk tiba di sini dan tahun ini saya lebih baik berbanding tahun lalu,” kata Ocon, yang layak di tempat ketiga dalam perlumbaan GP di Belgium bulan lalu.

“Saya bekerja keras untuk melakukan yang terbaik setiap kali perlumbaan. Memandu di sini tanpa tahu apa yang akan saya lakukan tahun depan adalah sukar untuk ditelan.” – AFP