Sukar untuk mengekalkan tahap kecergasan – Lampard

LONDON, 29 MAC – Pengurus Chelsea, Frank Lampard percaya ia tidak realistik untuk mendorong dan memaksa pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka semasa pandemik COVID-19 ini dengan tanpa jadual waktu yang pasti bila bolasepak akan kembali.

Perlawanan bolasepak di England telah digantung sehingga sekurang-kurangnya 30 April ini, tetapi tarikh itu dijangka akan dilanjutkan lagi bagi pertemuan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan.

Skuad The Blues itu terus melakukan latihan di rumah sejajar dengan garis panduan kerajaan mengenai arahan penjarakkan sosial.

“Ia amat sukar pada masa ini kerana kami tidak mempunyai apa-apa kepastian di hadapan kami,” kata Lampard dalam temu bual melalui FaceTime.

“Kami telah melihat semua perkara boleh berubah dengan cepat, jadi kami hanya boleh pergi dengan tarikh yang telah diberikan. Pada masa ini ia kelihatan seperti 1 Mei atau akhir April.

Jurulatih Chelsea, Frank Lampard menghadiri sidang media di Stamford Bridge di London. Lampard merasakan tidak realistik untuk memaksa pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka semasa pandemik ini tanpa jadual waktu bila bola sepak akan kembali. – AFP

“Tetapi setiap hari atau mungkin setiap minggu kita melihatnya, bagaimana kita berlatih? Macam mana?’

“Perkara terakhir yang saya mahu buat pada masa ini dengan pemain berada dalam situasi tidak tahu bila permainan akan bermula kembali adalah untuk mencuba dan mendorong mereka.”

Staf Chelsea terpaksa melakukan pengasingan diri selama dua minggu selepas Callum Hudson-Odoi diuji positif virus tersebut.

Pemain antarabangsa England itu pulih dengan baik dan telah mengongsikan tahap kesihatannya di media sosial.

Antara pemain lain seperti Willian dari Brazil dibenarkan pulang untuk bersama dengan keluarga mereka.

“Saya hanya mahu mereka tahu bahawa saya berada di sana untuk mereka kerana ini adalah masa yang sukar sama ada secara emosi, fizikal, semuanya,” tambah Lampard. “Kami perlu berada di sana untuk para pemain. – AFP