Sukarelawan bantu golongan kurang bernasib baik

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APR – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Sukarelawan Belia’ hari ini telah mengagihkan sumbangan bekalan makanan kepada sejumlah 162 keluarga yang kurang bernasib baik dan bagi mereka yang ketika ini masih menjalani tempoh pengasingan diri di rumah masing-masing di keempat-empat daerah.

Sumbangan makanan kepada keluarga yang kurang bernasib baik telah diagih kanhari ini sementara itu bagi mereka yang menjalani tempoh pengasingan diri, sumbangan bekalan makanan akan diagihkan kepada mereka setiap hari secara mingguan sehinggalah tamat tempoh kuarantin.

Para sukarelawan memban-tu dalam membuat persiapan bagi menyusun segala barangan yang disumbangkan seawal jam 9 pagi tadi bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, yang mana mereka turut diberikan taklimat ringkas mengenai tugasan yang akan mereka lakukan.

Setiap sukarelawan yang terlibat perlu melaporkan diri mereka ke focal person yang berada di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah sebelum bergerak menuju ke rumah-rumah yang tertentu bagi mengagihkan sumbangan-sumbangan bekalan makanan tersebutdengan menggunakan kenderaan-kenderaan yang disediakan.

Salah seorang sukarelawan mengongsikan bahawa salah satu cabaran pada kali ini ialah mencari rumah-rumah penerima disebabkan mereka juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan zon yang berlainan. Selain dari itu, ia merupakan satu pengalaman yang begitu baik dalam usaha bagi membantu mereka yang memerlukan pada ketika ini.

Para sukarelawan ketika diberikan penerangan ringkas mengenai huraian pengagihan tugasan.