Sukarelawan Cyprus bergelut beri makan kucing

PAPHOS, Cyprus, 1 Jan – Mengikut legenda seorang maharani Roman buat pertama kalinya membawa kucing ke Cyprus untuk menangani ular-ular beracun, namun beberapa dekad kemudian krisis kewangan pulau itu yang telah mencetuskan pertumbuhan populasi kucing.

Kira-kira 1,700 tahun selepas Maharani Helena menghantar kucing-kucing dengan kapal ke negara Mediterranean, para pencinta haiwan berusaha menjaga kesejahteraan kucing-kucing terbiar yang bilangannya meningkat selepas langkah penjimatan telah mengakibatkan pengurangan beberapa program pemandulan.

Kucing betina yang tidak dimandulkan boleh melahirkan sehingga lapan ekor anak setahun, yang telah mengakibatkan para sukarela, sesetengahnya yang bersusah payah mengeluarkan wang sendiri, untuk menyediakan makanan kepada bilangan kucing yang kian bertambah.

Di sebuah tempat perlindungan di kawasan bukit di belakang peranginan tepi laut Paphos, para sukarela warga Britain berkata mereka telah membelanjakan wang derma berjumlah kira-kira 2,100 euro sebulan untuk memberi makan ku-cing-kucing yang terbiar.

Ketua Cat PAWS Cyprus, Dinos Ayiomamitis membawa anak kucing ke rumahnya selepas memberi makan kucing di tanah perkuburan Constantinou dan Eleni di ibu negara Cyprus, Nicosial. Sukarelawan di ibu negara itu bergelut memberi makan populasi kucing yang semakin bertambah selepas langkah penjimatan mengurangkan program pemandulan kucing. – AFP
Ketua Cat PAWS Cyprus, Dinos Ayiomamitis membawa anak kucing ke rumahnya selepas memberi makan kucing di tanah perkuburan Constantinou dan Eleni di ibu negara Cyprus, Nicosial. Sukarelawan di ibu negara itu bergelut memberi makan populasi kucing yang semakin bertambah selepas langkah penjimatan mengurangkan program pemandulan kucing. – AFP

Tala Monastery Cat Park ditutup selepas mencecah kapasiti penuh pada musim gugur ini, tetapi masih ada anak-anak kucing ditinggalkan di tempat letak kereta di luar, menurut pengasasnya, Dawn Foote.

“Sesuatu perlu berubah. Dua tahun lagi, kami tidak akan mampu untuk melakukan ini,” Foote berkata ketika dia sedang menyapu antara barisan-barisan katil kucing.

Beribu-ribu pekerjaan dikurangkan dan begitu juga gaji dikurangkan di Cyprus sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan akibat kesan sampingan dari krisis ekonomi sejagat 2008, dengan berpuluh-puluh ribu orang bergantung pada pemberian makanan.