Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukarelawan MR rai anak yatim

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 14 Julai – Kira-kira 20 orang anak yatim telah diraikan pada Majlis Berhari Raya Bersama Anak-anak Yatim anjuran Kumpulan Sukarelawan Muslimah Rizqah (MR) yang berlangsung di kawasan Perumahan Kampung Pandan di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Pungut bin Haji Ali dan isteri.

    Majlis turut meraikan kira-kira 10 orang kanak-kanak berusia empat dan lima tahun dari Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) Pujut Miri, Sarawak yang mana rombongan telah diketuai oleh Pengurusnya, Awang Ramli Mai Yaddin.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah ahli Jawatankuasa Biro Kemasyarakatan dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung Panchor Mengkubau, Daerah Brunei dan Muara.

    Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang hadir, disempurnakan oleh Penghulu Mukim Kuala Belait.

    Ahli Kumpulan Sukarelawan MR bersama dengan anak-anak yatim yang diraikan serta para jemputan yang hadir.
    Ahli Kumpulan Sukarelawan MR bersama dengan anak-anak yatim yang diraikan serta para jemputan yang hadir.
    Antara persembahan anak-anak dari PJAKK Pujut Miri.
    Antara persembahan anak-anak dari PJAKK Pujut Miri.

    Beberapa persembahan Tausyeh oleh anak-anak PJAKK turut menambah ceriakan suasana majlis tersebut yang seterusnya dimeriahkan lagi dengan majlis ramah mesra bersama dengan anak-anak yatim yang diraikan serta menikmati jamuan melalui pelbagai sajian yang disediakan.

    Majlis itu diadakan antara lain bertujuan untuk membantu menceriakan anak-anak yatim dan juga anak-anak dari PJAKK berkenaan, selain itu, ia juga dihasratkan untuk mengeratkan tali silaturahim antara Kumpulan Sukarelawan MR dan masyarakat sekeliling khususnya di daerah ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda