Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukuk Al-Ijarah ke-145 diterbitkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-145nya yang berjumlah $100 juta.

    AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 145 diterbitkan pada 4 Mei 2017 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 3 Ogos 2017 dan kadar sewa 0.6250 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $10.8782 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk kerajaan Brunei sehingga 4 Mei 2017 ialah sebanyak $293.2 juta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda