BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-153nya yang berjumlah $100 juta.
AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 153 diterbitkan pada 11 Januari 2018 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 12 April 2018 dan kadar sewa 0.8750 peratus.
Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $11.56 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 11 Januari 2018 ialah sebanyak $432.4 juta.