BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku agen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-156nya yang berjumlah $100 juta.
AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 156 diterbitkan pada 12 April 2018 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 12 Julai 2018 dengan kadar sewa 0.9375 peratus.
Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $11.81 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk kerajaan Brunei sehingga 12 April 2018 ialah sebanyak $332.4 juta.