Sukuk Al-Ijarah ke-165 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-165nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 165 diterbitkan pada 10 Januari 2019 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 11 April 2019 dan kadar sewa 1.5625 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $12.51 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk kerajaan Brunei sehingga 10 Januari 2019 ialah sebanyak $347.5 juta.