Sukuk Al-Ijarah ke-176 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-176nya yang berjumlah $26 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 176 diterbitkan pada 5 Disember 2019 untuk tempoh 364 hari dengan tempoh matang pada 3 Disember 2020 dan kadar sewa 1.1250 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $13.34 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 5 Disember 2019 ialah sebanyak $334.6 juta.