BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-181 yang berjumlah $100 juta.
AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 181 diterbitkan pada 7 Mei 2020 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 6 Ogos 2020 dan kadar sewa 0.3750 peratus.
Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $13.72 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk Kerajaan Brunei sehingga 7 Mei 2020 ialah sebanyak $353.6 juta.




























