Sukuk Al-Ijarah ke-182 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-182 yang berjumlah $50 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 182 diterbitkan pada 18 Jun 2020 untuk tempoh 364 hari dengan tempoh matang pada 17 Jun 2021 dan kadar sewa 0.2500 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $13.77 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 18 Jun 2020 ialah sebanyak $353.6 juta.