Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sukuk Al-Ijarah ke-205 diterbitkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-205nya yang berjumlah $75 juta.

    BDCB dalam kenyataannya, hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 205 diterbitkan pada 14 April 2022 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 14 Julai 2022 dan kadar sewa 0.8125 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $15.33 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan Brunei sehingga 14 April 2022 ialah sebanyak $280 juta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...