Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sukuk Al-Ijarah ke-206 diterbitkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-206nya yang berjumlah $100 juta.

    BDCB dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan, Sukuk Al-Ijarah siri 206 diterbitkan pada 12 Mei 2022 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 11 Ogos 2022 dan kadar sewa 1.000 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $15.42 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan Brunei sehingga 12 Mei 2022 ialah sebanyak $280 juta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...