Sule timang cahaya mata lelaki

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila isteri kepada pelawak Sule iaitu Nathalie Holscher selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan kedua, Ahad lalu.

Sule berkongsi khabar gembira kelahiran anak damit lelaki itu menerusi Instagram.

“MasyaAllah… Tabarakallah #sulejunior #babyboy,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu menerusi platform yang sama Sule turut berkongsi nama anaknya.

“Alhamdulillah telah lahir putera kami Adzam Adriansyah Sutisna… sihat dan sempurna.

“Terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan,” katanya.

Untuk rekod Adzam merupakan cahaya mata kelima buat Sule.

Pelawak Sule mendirikan rumah tangga dengan Nathalie pada 15 November tahun lalu di sebuah restoran Tsama Resto, di Jawa Barat, Bekasi. – Agensi

Sule menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua. – Agensi