Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Sarawak

    KUCHING, 5 NOV – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba pada Majlis Penangguhan Sarawak Regatta di Tebingan Sungai Kuching bagi menyaksikan Acara Akhir Lumba Perahu, Piala Raja Sungai hari ini.

    Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta dua timbalan Abdul Karim iaitu Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Snowdan Lawan.

    Baginda berdua kemudian akan menaiki Sarawak River Cruise, menyusuri Sungai Kuching sambil menikmati pemandangan waktu senja.

    Esok, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin dijadualkan berangkat ke

    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Kubu Margherita dan Juma’ani Pavilion.

    Pada sebelah malam, baginda berdua berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin dijadualkan berangkat pulang ke Selangor pukul 11:30 pagi dengan menaiki pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Selasa ini. – Bernama

    Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mendengar penerangan daripada kurator Jabatan Muzium Sarawak, Yasmin Khalid Nicholls (kanan) ketika berkenan berangkat melawat Muzium Budaya Borneo pada 5 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...