Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sebagai usaha untuk membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam membendung wabak COVID-19, Komuniti Kristian di negara ini telah menyumbangkan $50,000 untuk Tabung Bantuan COVID-19, hari ini.
Sumbangan dikumpulkan menerusi gereja-gereja di Daerah Belait, Temburong dan Brunei dan Muara.
Di samping sumbangan berkenaan, gereja-gereja berkenaan juga menyampaikan penghargaan atas pengorbanan dan dedikasi para petugas barisan hadapan di negara ini.
