Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Sumbang bagi melindungi kesihatan terus diterima

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan serta sebagai usaha tanggujawab sosial korporat, pihak syarikat swasta dan individu tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Hari ini, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah menyumbangkan sebanyak 4,200 set, sut, pelitup muka pakai buang, pelindung muka, pelapis kasut dan sarung ta-ngan pakai buang kepada Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, sumbangan berkenaan disampaikan kepada setiausaha tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, Berakas. Sementara itu, tiga penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang peribadi menghulurkan sumbangan pada 22, 23 dan 25 November lalu. Penderma-penderma berkenaan ialah Abdul Azim Serbini, Leftenan Kolonel Azlina dan Leftenan Kolonel Alinah yang menyumbangkan mi segera pelbagai jenis serta Galleria YMRM dan imagine menyumbangkan scrub pelbagai saiz.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi menyatakan bahawa orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

    Wakil daripada BSP menyampaikan sumbangan kepada Haji Maswadi di ibu pejabat Kementerian Kesihatan, Berakas.
    Wakil Galleria YMRM dan imagine menyumbangkan baju scrub pelbagai saiz.
    Antara sumbangan yang diberikan oleh Abdul Azim Serbini, Leftenan Kolonel Azlina dan Leftenan Kolonel Alinah yang berupa pelbagai jenis mi segera.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -