Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sumbangan $5,000 untuk tabung amal anak yatim Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 APRIL – Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait, kelmarin, telah menerima sumbangan berjumlah $5,000 daripada beberapa buah syarikat dalam membantu mengurangkan beban anak-anak yatim menjelang bulan Ramadan.

    Sumbangan diterima daripada Serikandi Oilfields Services Sdn Bhd, Jisco Marine Sdn Bhd dan Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd yang berjumlah $4,000.

    Serikandi Oilfields Services Sdn Bhd dan Ya-Nur Trading Company Sdn Bhd mendermakan sebanyak $1,500 setiap satu yang disampaikan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad, manakala itu, Jisco Marine Sdn Bhd mendermakan sebanyak $1,000 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan, Shaikh Ahmad Khalis bin Shaikh Haji Khalid.

    Sementara itu, sumbangan peribadi sebanyak $1,000 juga diterima daripada Shaikh Haji Khalid serta keluarga yang disampaikan oleh Shaikh Ahmad Khairi bin Shaikh Haji
    Khalid.

    Sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed di Pejabat Daerah Belait.

    Jawatankuasa Tabung Amal Anak-Anak Yatim Daerah Belait sangat menghargai sumbangan penderma-penderma tersebut dan juga mengalu-alukan kepada mereka yang bermurah hati untuk sama-sama menderma kepada tabung berkenaan dengan berhubung terus ke Jawatankuasa Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait di Jabatan Daerah Belait pada bila-bila masa sewaktu pejabat dibuka.

    Shaikh Haji Khalid menyampaikan sumbangan kepada Awang Mohamad Yasin di Pejabat Daerah Belait, kelmarin. – Gambar serahan Pejabat Daerah Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...