Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Sumbangan projek Fathul Barakah 3.0 diteruskan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Lapan ketua keluarga mualaf di Kampung Bengkurong, Kampung Masin, Kampung Sinarubai dan Kampung Bebuloh, Daerah Brunei dan Muara telah menerima bantuan di bawah projek Fathul Barakah 3.0 yang diteruskan lagi hari ini.

    Penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh. Turut hadir pada acara tersebut ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub dan Yang Di-Pertua Persatuan Nurul Islam, Haji Hazwan bin Abdullah.

    Acara penyerahan berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh pegawai PDI dan seterusnya rombongan bergerak ke rumah-rumah penerima. Bantuan yang diberikan adalah keperluan harian berupa makanan asasi sumbangan daripada orang ramai. Terdahulu, kutipan bagi sumbangan tersebut telah diadakan secara pandu lalu secara serentak di keempat-empat daerah pada 5 dan 6 Mac yang lalu.

    Turut disertakan sebuah poster tarbiyah kolaborasi bersama Bahagian Kajian dan Penerbitan, PDI.

    Projek Fathul Barakah 3.0 merupakan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui PDI dengan kerjasama persatuan-persatuan mualaf seluruh negara, yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan para mualaf di negara ini.

    Selain mengukuhkan lagi silaturahim di antara mualaf di negara ini dengan warga PDI, projek ini juga di hasrat akan dapat memberikan semangat kepada para mualaf untuk melaksanakan ibadah dengan selesa, terutama sekali bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.

    Antara ketua keluarga mualaf yang menerima sumbangan melalui projek Fathul Barakah 3.0 yang dijalankan oleh KHEU melalui PDI dengan kerjasama persatuan-persatuan mualaf seluruh negara.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...