Sumbangan ringankan beban kerajaan tangani wabak

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan dan sebagai usaha tanggujawab sosial korporat, pihak syarikat swasta dan individu tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan Tabung Bantuan COVID-19 menerima sumbangan cek $50,000 daripada Medetech Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Medetech Sdn Bhd, Anil Kumar kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

Di samping itu, kenyataan juga menyatakan bahawa tujuh penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang perbadi menghulurkan sumbangan pada 13 September lalu.

Penderma-penderma berkenaan ialah Perusahaan Sinaran Gemilang yang menyumbangkan minuman isotonik; Simpor Pharma Sdn Bhd yang menyumbangkan pakej penjagaan bagi petugas-petugas barisan hadapan; Kedutaan Indonesia di Negara Brunei Darussalam yang menyumbangkan beg sampah, sarung tangan, apron biru, apron putih, tisu, pensanitasi tangan, sabun tangan, kerusi roda, sampah sisa bio, pelindung muka, troli, kertas putih, scrub, papan putih dan pelitup muka; R & T Electronic Enterprise yang menyumbangkan penyejuk Miyako, washer Miyako dan peti sejuk Sharp; Little Bloom Daycare yang menyumbangkan botol semburan, biskut, sudu plastik, garpu plastik, piring plastik, mi segera dan cawan kertas; HM Family yang menyumbangkan air minum pelbagai saiz dan Petir Management Service yang menyumbangkan dua unit mesin GBC Paper Shredder.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyarakan bahawa orang ramai yang ingin untuk membuat sebarang sumbangan, mereka boleh berhubung terus dengan MOH Emergency Operation Centre (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Sumbangan cek berjumlah $50,000 daripada Medetech Sdn Bhd yang disampaikan oleh Anil Kumar kepada Haji Maswadi.
Perusahaan Sinaran Gemilang turut sama membuat sumbangan berupa minuman isotonik kepada Kementerian Kesihatan.