Saturday, September 30, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Sumbangan terus disalurkan

    Oleh Sim Y. H., Lyna Mohamad, Rokiah Mahmud & Daniel Lim
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan & Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Kementerian Kesihatan tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap usaha kementerian dalam memben-dung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Baru-baru ini, beberapa buah lagi syarikat swasta dan individu telah menghulurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk membantu kerajaan Negara Brunei Darussalam menangani penularan pandemik COVID-19 di Brunei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, lima buah syarikat dan seorang individu telah menghulurkan sumbangan pada 26 dan 27 Ogos lalu.

    Penderma-penderma berkenaan ialah Jetsen Sdn Bhd yang menyumbangkan troli, Bobby Electrical Company Sdn Bhd menyumbangkan pemanas air dan microwave, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) menyumbangkan berus gigi dan set mencukur pakai buang, Charlotte menyumbangkan pencuci tangan dan ubat gigi, Court Pioneer Company menyumbangkan katil, tilam dan bantal manakala itu, Triple Star Enterprise menyumbangkan Baby Playpen with Diaper Changer, Baby Sleeping Bag, botol susu, sarung tangan anak damit dan mainan.

    Dalam pada itu, Kumpulan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Katakijau (Katakijau) pula telah menyerahkan kira-kira 80 pasang seragam scrub perubatan dan kira-kira 142 kelengkapan dandanan diri untuk petugas barisan hadapan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB).

    Presiden Katakijau (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Hospital PMMPMHAMB. – Gambar serahan Katakijau.
    RB menyumbangkan berus gigi dan set mencukur pakai buang kepada Kementerian Kesihatan.
    Charlotte turut prihatin dengan menyum-bangkan pencuci tangan dan ubat gigi.
    Triple Star Enterprise menyumbangkan pelbagai peralatan keperluan anak damit.
    Antara sumbangan yang dihulurkan oleh beberapa pasukan tarik kalat di seluruh negara.
    Antara sumbangan yang disampaikan oleh Awang Muhammad Ali (kiri) kepada NIC di Tutong. – Gambar serahan KB Bull Brothers

    Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden Katakijau, Awang Rozan bin Haji Kaderi kepada pegawai pentadbiran hospital tersebut, Haji Mohamad Danil bin Othman selaku ketua operasi.

    Sumbangan-sumbangan berkenaan dikumpulkan menerusi dua projek yang dijalankan Katakijau iaitu Let’s Fight the Pandemic Together dan Jom Bersedekah untuk Frontliners.

    Turut melaksanakan inisiatif untuk membantu usaha kerajaan membendung penularan adalah beberapa pasukan tarik kalat di seluruh negara yang bersama-sama menyampaikan sumba-ngan kepada pesakit-pesakit COVID-19 di Kem Latihan Progran Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong, baru-baru ini.

    Wakil KB Bull Brothers, Awang Muhammad Ali bin Hassan menjelaskan bahawa antara pasukan tarik kalat yang memberikan bantuan termasuk KB Bull Brothers sendiri di samping Chain Block, Lun Tau, Anak Brunei, MG5, SPSS, dan Dx Negera Brunei Darussalam.

    Antara sumbangan yang dikumpulkan termasuk pelbagai makanan dan keperluan harian yang telah diserahkan kepada BigBwnProject, yang mengendalikan penyerahan sumbangan-sumbangan kepada kem berkenaan pada 26 Ogos lalu.

    Di samping itu, kumpulan berkenaan juga menyerahkan sumbangan berupa makanan asas dan keperluan harian kepada Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Tutong, kelmarin, untuk membantu pegawai-pegawai perubatan dan pesakit di pusat tersebut.

    Manakala itu, lebih ramai orang menyokong Inisiatif Nasi Pusu bagi membantu menampung pesakit-pesakit COVID-19 yang semakin bertambah di pusat-pusat pengasingan.

    Inisiatif yang merupakan kerjasama BigBoi’s Chill & Grill, Kunyit 7 Lodge dan Global Shapers Community Bandar Seri Begawan Hub telah mengagihkan sejumlah 1,007 bantal ke pusat pengasingan di Kem Latihan PKBN dan Mahad Islam Brunei, Tutong.

    Pasukan berkenaan menyerahkan 172 bantal ke Kem Latihan PKBN dan 835 bantal ke Mahad Islam Brunei.

    Sumbangan daripada orang ramai dalam bentuk pembelilan nasi pusu atau nasi ayam juga masih dialu-alukan oleh pasukan berkenaan di samping sumbangan lain seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, makanan kering dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...