Sumbangan terus diterima

Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Kementerian Kesihatan hari ini telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak penderma, yang mana merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta bagi membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Hadir pada majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Kementerian Kesihatan dan seterusnya berkesudian menerima sumbangan berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Teknologi Penjagaan Kesihatan, Awang Rudy bin Haji Harun.

Setia Motors Sdn Bhd telah menyumbangkan cek bernilai $30,000 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar.

Sementara itu Petronas Carigali Brunei Ltd (PCBL) telah menyumbangkan cek bernilai $100,000 yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pengiran Hajah Nor’Camellia binti Pengiran Haji Mohiddin.

Seterusnya sumbangan daripada TSL Construction Sdn Bhd yang menyumbang cek bernilai $30,000 yang diserahkan oleh Pengarah Urusannya, Tang Sun Lee diikuti oleh Haji Daud Properties yang telah menyumbangkan cek bernilai $20,000.

YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar ketika menyerahkan sumbangan kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menerima sumbangan daripada BGC.

Archipelago Development Corporation Sdn Bhd pula telah menyumbangkan cek bernilai $10,000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Jeffrey Sim sementara Shipping Association of Brunei Darussalam (SABD) pula juga menyumbangkan cek bernilai $10,000 yang diserahkan oleh Naib Presiden SABD, Lim Jin Yong.

Manakala, Brunei Gas Carriers (BGC) telah menyumbangkan sejumlah 86 kotak 3M Disposable Respirators, 198 paket kasut pelindung CPE, 1026 Face Visors, 174 kotak apron dan 236 paket pelindung kepala yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Jurutera Kapal Haji Nor Mahadi bin Haji Hosaini.

Majlis seterusnya diikuti dengan sumbangan daripada Brunei LNG yang menyumbangkan sejumlah 650 cecair pencuci tangan yang disampaikan oleh Pengurus Kewangan dan Pengerusi Komiti Tajaan, Pengiran Mas Norhazilinah binti Pengiran Momin bagi pihak
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Patrice Girard.

Sementra itu PDS Abattoir Sdn Bhd turut menyumbangkan cek bernilai $30,000 yang disampaikan oleh Pengurus Amnya, Haji Muhamad Sabirin Othman.

Manakala, Walltique Sdn Bhd pula telah menyumbangkan cek bernilai $2,000 yang diserahkan oleh Pengarah Urusannya, Loh Swee Sen.

Stesen Minyak Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) juga turut menghulurkan sumbangan berupa cek bernilai $3,000 yang disampaikan oleh Pengerusi, Haji Omar bin Haji Mohd Tahir; Penasihat syarikat, Haji Gharif bin DSL Haji Samad; dan Timbalan Pengerusi syarikat, Dato Seri Setia Haji Adam bin Haji Ahmad.

Boza Group of Companies pula turut menghulurkan cek bernilai $2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Awang Khairol Yazimanuddin bin Haji Borhanuddin.

Selain itu, Megabond Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak 118 karton air mineral yang disampaikan oleh Pengarahnya, Lew Hong Peng manakala Persatuan Alumni Jepun Brunei juga menyumbangkan sebanyak 12 karton air mineral yang diserahkan oleh Bendaharinya, Dayangku Habibah binti Pengiran Haji Hidup dan Anita Ramlee juga telah menyumbangkan cek bernilai $5,000 yang disampaikan olehnya sendiri.