Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Sumbangan terus diterima

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan serta sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat, pihak syarikat swasta dan individu terus tampil menghulurkan bantuan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa tiga penyumbang telah menghulurkan beberapa sumbangan pada 26 dan 27 Oktober lalu.

    Penderma-penderma berkenaan ialah Mumtaz dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang menyumbangkan buku Yasin serta Syarikat Aliaa Sdn Bhd yang menyumbangkan mi segera dan biskut.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

    Sumbangan daripada Syarikat Aliaa Sdn Bhd.
    Sumbangan buku Yasin daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...