Sumbangan terus mencurah

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Enam lagi penyumbang telah menghulurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan pada 12 dan 13 Oktober lalu dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, penderma-penderma berkenaan adalah Chaya Azami Enterprise yang menyumbangkan air minum dan minuman soya; Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) menyumbangkan pelitup muka, sarung tangan dan apron; Zalin Wood Art & Furniture Sdn Bhd menyumbangkan pelitup muka dan pelindung muka; Chuen Lai Co menyumbangkan minuman kopi dan buah-buahan manakala itu, Belia Masjid Prihatin 2.0 menyumbangkan pen, pencil, pen papan putih, gam, kertas, pencuci tangan, pensanitasi tangan, meja lipat, apron, sarung tangan, mesin pencetak dan tong sampah.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Sumbangan daripada Chaya Azami Enterprise.
Belia Masjid Prihatin 2.0 semasa menyerahkan sumbangan kepada wakil Kementerian Kesihatan.