Sumbangan untuk COVID-19 Relief Fund

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu meringankan beban kerajaan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di Brunei, syarikat-syarikat swasta tidak ketinggalan untuk tampil ke hadapan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dalam majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Di majlis berkenaan, sumbangan dari Restoran Pondok Sari Wangi Sdn Bhd kepada COVID-19 Relief Fund berjumlah $10,000 disampaikan oleh Pengarah Urusan, Mijanti D.Rahardja kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I, Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Khalid As’ari bin Haji Azahari.

Mijanti (kanan) menyerahkan sumbangan berjumlah $10,000 kepada COVID-19 Relief Fund yang diterima oleh Haji Abdul Khalid As’ari.