Sumbangsih Mulia adakan majlis tahlil

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kira-kira 150 orang penjaja dan kakitangan serta keluarga dari Sumbangsih Mulia telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah khas buat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengurus Sumbangsih Mulia, Awang Muslim bin Zakaria. Bacaan Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Beribi, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin ketika hadir pada majlis tersebut.