Sumber jangkitan kes dalam siasatan diketahui

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Kes dalam siasatan yang disiarkan semasa sidang media harian, walaupun angkanya berpuluh-puluh tetapi ia memerlukan beberapa hari untuk menghubungkan sumber jangkitan tetapi pada akhirnya, sumber jangkitan berkenaan diketahui.

Secara purata kira-kira 20 peratus masih dalam siasatan tetapi kes masih bertambah dan meskipun ia menurun, terdapat kes baharu yang akan menjadikan jumlah kes dalam siasatan itu bertambah.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai jumlah kes jangkitan yang belum diketahui sumber jangkitannya dan jika ada kes yang belum diketahui sumber itu telah sembuh semasa di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Yang Berhormat Dato menerangkan lanjut bahawa jumlah kes yang tidak diketahui sumbernya adalah secara purata kira-kira 20 peratus dan jumlah itu setelah beberapa hari dan minggu akan menurun kepada satu angka.

Kebanyakan mereka itu, ulasnya, adalah kontak kepada kontak seperti kontak sekunder, jadi untuk menghubungkan mereka itu akan memerlukan masa.