MELBOURNE, 22 Jan – Pemain nombor satu dunia, Andy Murray telah mengalami satu kekecewaan besar selepas tewas kepada pemain ranking ke-50, Mischa Zverev, bagi mengikut jejak langkah Novak Djokovic ke pintu keluar sebagai antara kejutan dalam Terbuka Australia.
Murray tidak pernah menyangkan akan menghadapi masalah berdepan dengan pemain Jerman berusia 29 tahun itu, yang tidak pernah menenangi kejuaraan ATP, tetapi dia tewas 7-5, 5-7, 6-2, 6-4 dalam penyingkiran Melbourne terawalnya dalam tempoh lapan tahun.
Kejayaan servis-voli Zverev telah membuka peluang semakin luas dalam kejohanan itu selepas dua pilihan utama tersingkir buat pertama kali sebelum mencapai suku akhir dalam Grand Slam sejak terbuka Perancis 2004.
Antara mereka yang mempunyai peluang adalah Roger Federer dan Rafael Nadal.

“Saya seolah-olah dalam satu koma, hanya membuat servis dan voli sepanjang perlawanan. Terdapat beberapa mata di mana saya tidak tahu bagaimana saya memperolehinya tetapi entah bagaimana saya berhasil,” kata Zverev.
Dengan kekalahan itu, Murray meneruskan sumpahannya di Terbuka Australia, di mana dia telah menjadi naib juara sebanyak lima kali, kalah empat final kepada Djokovic.
Dia juga telah menjadi pilihan utama Terbuka Australia yang tersingkir paling awal dalam tempoh 14 tahun, sejak Llyeton Hewitt tewas di peringkat yang sama pada tahun 2003. – AFP