Sun Yang kemukakan rayuan

LAUSANNE, 5 MEI – Bintang renang Sun Yang telah mengemukakan satu rayuan ke atas pengharaman lapan tahun dengan Tribunal Persekutuan Swiss (SFT), menurut satu laporan yang telah disahkan kepada AFP oleh sumber yang rapat dengan kes itu.

Sun, yang juga menjalani penggantungan tiga bulan disebabkan dadah pada 2014, didapati bersalah kerana enggan memberikan sampel dadah dan diharamkan lapan tahun oleh Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) pada Februari, menyokong satu rayuan oleh Agensi Antidadah Dunia (WADA) ke atas badan renang FINA.

Semua keputusan yang dibuat oleh CAS boleh dirayu kepada SFT.

Melainkan dia berjaya dengan rayuan, Sun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Sukan Tokyo pada 2021 dan kerjayanya akan berakhir.

SFT tidak mengesahkan maklumat tersebut, tetapi menurut laporan, ‘satu fail telah dibuka dengan nombor dikaitkan dengan ‘Kes Sun Yang.’

Sun masih digantung daripada pertandingan semasa rayuan dikemukakan.

Majalah Renang Dunia melaporkan semalam bahawa peguam Sun telah memfailkan rayuan pada 29 April. Juara Olimpik tiga kali itu sebelumnya melihat dua rayuannya ditolak oleh SFT sebelum keputusan CAS.

Persatuan Renang China (CSA) berkata selepas CAS mengumumkan pengharaman Sun bahawa ia menyokong perenang berusia 28 tahun itu dan menggalak Sun supaya ‘meneruskan usaha melindungi haknya.’ – AFP

Sun Yang telah mengemukakan satu rayuan ke atas pengharaman lapan tahunnya dengan Tribunal Persekutuan Swiss (SFT), menurut satu laporan yang telah disahkan kepada AFP oleh sumber yang rapat dengan kes itu. – Agensi