Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sunak, Macron setuju jalin kerjasama

    LONDON, 28 OKT – Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak dan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa panggilan telefon pertama mereka sejak Sunak memegang jawatan, hari ini bersetuju menjalinkan kerjasama yang lebih besar untuk menghalang pendatang haram merentas Selat Inggeris, kata Downing Street.

    Seorang jurucakap berkata, para pemimpin “komited untuk memperdalam perkongsian kami untuk menghalang perjalanan merbahaya merentasi Selat yang hanya menguntungkan penjenayah terancang”.

    Sunak menekankan “kepentingan bagi kedua-dua negara untuk menjadikan laluan Selat Inggeris benar-benar terlarang untuk pemerdagangan manusia.

    Tahun ini, jumlah rekod seramai 37,570 orang telah menyeberangi laluan itu ke England menggunakan bot kecil.

    Isu tersebut telah menyebabkan kebimbangan politik utama bagi kerajaan UK, yang menjanjikan kawalan sempadan yang lebih ketat selepas meninggalkan Kesatuan Eropah.

    Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak semasa berucap di Dewan Rakyat di London. – AP

    Ketegangan telah meningkat antara London dan Paris, dengan kerajaan UK menuduh Perancis tidak berusaha sebaiknya untuk menghentikannya.

    The Times melaporkan hari ini, memetik sumber kerajaan, bahawa Sunak mahu mengetatkan syarat draf perjanjian dengan Perancis mengenai kerjasama merentas selat itu dan menjadikannya ‘lebih terancang’.

    Sunak mahu draf perjanjian dengan Perancis memasukkan bilangan minimum pegawai Perancis yang meronda pantai, kata laporan itu.

    Ia berkata, perdana menteri juga mahukan sasaran dalaman baharu untuk kementerian dalam negeri UK memproses 80 peratus tuntutan suaka dalam tempoh enam bulan, bagi mengurangkan tunggakan semasa. Menteri dalam negeri, Suella Braverman, menyokong rancangan kerajaan untuk menghantar pendatang secara haram menyeberangi laluan itu ke Rwanda.

    Macron mengeluarkan kenyataan mengenai perbincangannya dengan Sunak di mana presiden Perancis itu berkata beliau bersedia untuk “bekerjasama” dengan Sunak untuk mengeratkan hubungan dua hala, khususnya mengenai pertahanan dan tenaga.

    Sunak dan Macron akan mengadakan sidang kemuncak bersama tahun depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...