Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sunak umum tanding jadi PM Britain

    LONDON, 23 OKT – Parti Konservatif British, Rishi Sunak hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan perdana menteri, beberapa minggu selepas gagal dalam percubaan pertama dan bakal bersaing dengan bekas bosnya, Boris Johnson.

    Sunak, bekas menteri kewangan, berkata beliau mempunyai ‘prestasi terbaik’ sambil berikrar untuk memimpin Britain keluar daripada tempoh ‘krisis ekonomi amat tegang’, yang menurut pakar telah diburukkan lagi dengan dasar yang digugurkan oleh pemimpin sebelumnya, Liz Truss.

    “Saya mahu perbaiki ekonomi kita, menyatukan parti dan memyelamatkan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan menerusi laman Twitter mengesahkan pencalonannya yang dijangka secara meluas.

    Pengumuman tersebut berbeza dengan tawaran terakhirnya yang gagal untuk menjadi pemimpin Tory, apabila dia berdepan kritikan disebabkan video yang dihasilkan dengan licik yang dilancarkan hanya beberapa hari selepas dia membantu menyingkirkan bekas perdana menteri Johnson yang meletakkan jawatan pada Julai.

    Sunak merupakan ahli parlimen Konservatif kedua yang bertanding bagi jawatan tertinggi selepas anggota kabinet, Penny Mordaunt melancarkan kempennya pada Jumaat.

    Johnson, 58, juga dijangka menyertai pertandingan yang berlangsung selama seminggu itu, selepas dia memendekkan percutian mewah Caribbean untuk kembali ke Britain kelmarin dengan percubaan berani untuk menyertai politik kurang daripada dua bulan selepas meninggalkan jawatan.

    Beliau dikatakan sedang melobi bersama rakan-rakan Konservatif sebelum tempoh akhir Isnin untuk mendapatkan 100 pencalonan yang diperlukan bagi menghadapi undian Ahli Parlimen Tory.

    Sunak yang berusia 42 tahun telah mendahului dalam kiraan tersebut, melepasi ambang minimum pada Jumaat lalu dan kini mendapat sokongan orang ramai daripada 129 Ahli Parlimen Tory, menurut pengiraan BBC. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bekas ketua Perbendaharaan Rishi Sunak di luar rumahnya di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...