Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sunderland batal kontrak Ndong

    LONDON, 25 Sept – Sunderland memberitahu pemain tengahnya, Didier Ndong bahawa mereka bakal menamatkan kontraknya selepas pemain itu tidak muncul tanpa memohon cuti yang menyaksikan penyingkiran mereka daripada League One, musim lalu.

    Pasukan The Black Cats itu menyatakan kesediaan mereka untuk mengambil tindakan perundangan bagi mendapatkan kembali nilai pertukaran pemain antarabangsa Gabon itu sekiranya dia menyertai kelab lain.

    “Sunderland menghantar notis di bawah kontraknya bersama Didier Ndong.

    “Pemain itu, yang berada di bawah kontrak bersama Sunderland sehingga Jun 2021, gagal kembali ke Sunderland bagi menjalani latihan pra musim Julai lalu seperti yang dijadualkan, malah selepas beberapa bulan kemudian.

    “Tiada alasan diberikan terhadap kegagalannya untuk melapor dan terus tidak hadir. Hasilnya, Sunderland berdepan pelanggaran kontrak Didier Ndong dan notis yang sama telah diberikan kepada pemain itu.

    “Sunderland melakukannya ketika mengembalikan semula hak untuk mendapatkan pemain itu dan mana-mana kelab yang disertainya berhubung ganti rugi bagi nilai pemain itu.”

    Ndong, 24, yang menjadi pemain termahal Sunderland apabila menyertai kelab itu bagi nilai sebanyak AS$17.8 juta dari Lorient pada Ogos 2016, difahami lambat hadir di ibu pejabat latihan kelab itu minggu ini selepas prospek pertukaran yang akhirnya hilang di tengah-tengah minat daripada Torino dan Benfica.

    Dia menghabiskan separuh masa kedua musim lalu dalam pinjaman ke Watford ketika kelabnya tersingkir dari Championship, tetapi tidak membuat kemunculan dalam pasukan utama.

    Sunderland turut mengambil tindakan serupa ke atas Papy Djilobodji awal bulan ini selepas kembali ke Wearside, apabila gagal mencapai tahap kecergasan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda