Sunmi terima ugutan bunuh

Selepas menerima ugutan bunuh di laman sosial, agensi pengurusan penyanyi Sunmi iaitu Abyss Company bakal mengambil tindakan undang-undang.

Memetik laporan Soompi, pihak mereka turut berharap peminat artis tersebut dapat membantu melaporkan sebarang komen berunsur serangan.

“Sebelum ini kami pernah keluarkan kenyataan yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap komen melampau berunsur serangan dan ugutan.

“Baru-baru ini juga Sunmi menerima komen yang sama daripada akaun palsu di laman sosial. Untuk melindungi artis kami akan ambil tindakan undang-undang.

“Kami berharap juga pertolongan daripada peminat untuk melaporkan sebarang komen negatif kepada pihak kami,” tulisnya.

Sebelum ini, Sunmi menerima ugutan bunuh gara-gara ada pihak tidak bersetuju dengan komen yang diberikannya kepada peserta program realiti. Dalam program berkenaan, Sunmi sebenarnya bertindak sebagai guru iaitu seorang mentor dan juri. – Agensi

Sunmi terima ugutan bunuh disebabkan ada pihak kurang senang dengan komennya di sebuah program. – Agensi