Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Suns benam Nuggets, catat rekod musim terbaik NBA

    WASHINGTON, 25 MAC – Devin Booker menjaringkan 49 mata semalam dan Phoenix Suns memperoleh rekod musim terbaik NBA dan kelebihan di gelanggang laman sendiri sepanjang playoff dengan menewaskan Denver 140-130.

    The Suns, yang mengalu-alukan kepulangan pengawal cedera Chris Paul selepas ketidakhadiran lima minggu, memenangi perlawanan ketujuh mereka berturut-turut dan meningkat kepada mata terbaik liga 60-14, sekali gus meraih gelaran Western Conference.

    “Rasa sungguh seronok,” kata Booker. “Ia merupakan perlawanan amat sengit. Kami mahukannya. Kami mahu perlawanan ke-60 kami malam ini dan kami berakhir melakukannya.”

    Booker melaku 16 daripada 25 hantaran dari gelanggang, dua daripada lima three-pointer, dan 15 daripada 17 lontaran dari garisan lontaran bebas sementara juga menyumbang 10 assist, empat rebound, tiga steal dan satu sekatan.

    The Suns, yang juga mempunyai 22 mata daripada Mikal Bridges serta 16 mata dan tujuh rebound daripada Deansre Ayton, menambah rekod liga terbaik mereka kepada 30-6.

    Paul bermain 30 minit dan menjaringkan 17 mata, mencatat 13 assist dan merebut empat rebound. Dia membenam empat lontaran bebas dalam saat-saat akhir untuk membantu mengesahkan kemenangan.

    Suns pula mencatat 11-4 semasa ketidakhadiran Paul. Pengawal All-Star itu belum beraksi untuk Phoenix sejak mengalami kecederaan tangan kanan dalam kemenangan ke atas Houston pada 16 Februari.

    Sebelum cedera, Paul mengutip mata purata 14.9 dan 10.7 assist terbaik NBA. – AFP

    Aksi Devin Booker (kanan) membawa bola melepasi Aaron Gordon semasa perlawanan bola keranjang NBA di antara Phoenix Suns dan Denver Nuggets di Denver pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...