Suns, Clippers mara separuh akhir

NEW YORK, 12 APRIL – Pemain Phoneix Suns, Devin Booker dan Deandre Ayton akan berdepan dengan pemain Los Angeles, Patrick Beverly dan Montrezl Harrell pada hari Sabtu separuh akhir NBA 2K Kejohanan Pemain.

Semua pemain mara dalam pusingan suku akhir NBA 2K20, kejohanan permainan dalam talian, di mana pemenang dari 16 pemain NBA yang terpilih untuk kebajikan bantuan akan menerima sumbangan sebanyak $100,000.

Musim NBA telah digantungkan sebulan lalu selepas pemain Utah, Rudy Gobert diuji positif koronavirus, yang mana telah menangguhkan hampir kesemua sukan di seluruh dunia.

Dalam separuh akhir, pemain Suns, Booker akan berdepan dengan pemain Clippers, harrel dengan Ayton, pemain berusia 21 tahun dari Bahamas, akan bermain menentang Beverley. Pemenang akan berlawan untuk kejuaraan pada hari Sabtu. Dalam pusingan separuh akhir, Booker menewaskan pemain Washington, Rui Hachimura 71-55, Harrell mengalahkan pemain Miami, Derrick Jones, 71-66, Beverly menewaskan pemain Cleveland, Andre Drummond, 69-62 manakala Ayton menewaskan pemain Atlanta Trae Ypung 73,66.

Setiap pemain yang dipilih dari lapan senarai pemain, dengan pasukan yang tersedia akan hanya digunakan sekali sahaja.

Pasukan lawan akan memilih kelab jika setiap pemain memilih skuad NBA yang sama. – AFP

Gambar fail Deandre Ayton (Putih, tengah) ketika menentang Chiagao. Pemain Phoneix Suns, Devin Booker dan Deandre Ayton layak ke separuh akhir NBA 2K20. – AFP