Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Suns raih kemenangan keenam, tewaskan Clippers

    PHOENIX, 16 FEB – Dalam tempoh kira-kira dua minit lewat pada suku keempat, Chris Paul memperoleh jaringan tiga mata, menemui Devin Booker untuk alley-oop slam yang indah dan membuat lompatan rendah yang sukar untuk membawa Phoenix Suns naik empat mata.

    Booker menjaringkan 26 mata tertinggi dalam permainan, Paul menambah 17 mata dan 14 assist dan kedua-dua pemain All-Star itu membawa Suns meraih satu lagi kemenangan dengan menewaskan Los Angeles Clippers 103-96 kelmarin.

    “Kami menghidupkannya,” kata Booker. “Saya tidak mahu ia kedengaran seperti kami tidak bersungguh-sungguh dalam perlawanan tersebut, tetapi kami telah berada dalam situasi itu dan kami memahami betapa pentingnya teknik permainan tersebut.”

    Suns telah memenangi enam perlawanan berturut-turut dan 17 daripada 18 perlawanan terakhir mereka sejak 11 Januari. Mereka juga melonjakkan rekod terbaik NBA mereka kepada 47-10 dengan baki satu perlawanan sebelum rehat All-Star. Mikal Bridges menambah 19 mata dan sembilan rebound – termasuk jaringan tiga mata yang penting pada minit akhir – manakala Deandre Ayton memperoleh 12 mata dan 12 rebound. – AP

    Aksi Devin Booker menjaringkan mata dalam perlawanan antara Phoenix Suns dan Los Angeles Clippers kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...