Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Suns teruskan rekod kemenangan

-

LOS ANGELES, 1 DIS – Phoenix Suns melanjutkan rekod kemenangan berturut-turut kepasa 17 perlawanan dengan kemenangan 104-96 ke atas Golden State Warriors meskipun Devin Booker mengalami kecederaan pada awal perlawanan.

Perlawanan yang dinanti-nantikan antara dua pasukan terbaik NBA ternyata tidak mengecewakan apabila Phoenix berjaya mengekang Stephen Curry melalui aksi pertahanan yang mantap.

Kemenangan itu melonjakkan Phoenix ke puncak Western Conference bersama Golden State, yang turun beraksi pada Selasa di Phoenix dengan deretan kemenangan tujuh perlawanan.

Phoenix dan Golden State kini mendahului Western Conference dengan masing-masing mencatat 18 kemenangan dan tiga kekalahan.

Kemenangan diperoleh Suns adalah lebih mengagumkan memandangkan bintang Booker dikeluarkan akibat kecederaan hamstring di suku kedua perlawanan.

Aksi Devin Booker cuba membuat jaringan semasa separuh masa pertama di Footprint Center sebelum dikeluarkan akibat mengalami kecederaan.- AFP

Dengan ketiadaan Booker, tanggungjawab diberikan kepada pemain veteran Chris Paul untuk memimpin Suns pada separuh masa kedua.

Paul menamatkan perlawanan dengan 15 mata, 11 assist dan enam rebound.

DeAndre Ayton menjadi penjaring terbanyak buat Phoenix Suns dengan 24 mata dan 11 rebound, tetapi aksi pertahanan Phoenix yang memberikan perbezaan, pengekang pemain Warriors hanya 18 mata pada suku keempat.

“Kami adalah pasukan pertahanan yang semakin meningkat baik, itu sesuatu yang pasti” kata jurulatih Suns, Monty Williams.

Williams memberikan pujian istimewa kepada Paul, point guard berusia 36 tahun yang telah beraksi 39 minit selepas kecederaan dialami Booker.

“Chris bermain selama 39 minit dengan keinginan dan dedikasinya terhadap permainan,” kata Williams. “Kami hanya mempunyai beberapa orang pemain untuk meningkatkan permainan,” tambahnya.

Sementara itu, Jordan Poole merupakan penjaring terbanyak untuk pasukan Warriors dengan mencatat 28 mata manakala Curry hanya menambah 12 mata semasa perlawanan.

Bintang Warriors itu hanya membuat tiga daripada 14 percubaan dari jarak tiga-mata.- AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -