Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suntik kesedaran bahaya dadah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 14 Julai – Biro Kawalan Narkotik (BKN), hari ini, telah mengadakan sesi taklimat untuk para pelajar baru Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) bagi memberikan kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas.

    Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Narkotik, Hajah Norhayani binti Abdullah dan Pegawai Narkotik dari cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah BKN, Pengiran Mohamad Nuh bin Pengiran Mohamad.

    Seramai 40 orang pelajar baru Program Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi hadir mendengarkan taklimat yang turut menerangkan secara lebih terperinci mengenai beberapa jenis dadah yang terdapat di negara ini serta kesan negatif terhadap penagih dadah.

    Selain itu, para pelajar juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan baik.

    Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab. Pameran jenis-jenis dadah yang didapati di Negara Brunei Darussalam turut diadakan untuk memberikan lebih pengetahuan dan kefahaman kepada kalangan pelajar berkenaan.

    Hajah Norhayani semasa menyampaikan taklimat Biro Kawalan Narkotik di IBTE SBC.
    Hajah Norhayani semasa menyampaikan taklimat Biro Kawalan Narkotik di IBTE SBC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda