Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Suntik semangat patriotisme pelajar PTET

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah meneruskan lagi program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam (PTE) di PTE Tutong (PTET), baru-baru ini.

    Turut hadir pada program taklimat yang disambut baik oleh seramai 285 orang penuntut dan beberapa orang tenaga pengajar kampus berkenaan bertempat di Dewan Serba Guna PTET ialah Pemangku Pengetua, Awang Muhammad Shahnofazli bin Haji Sabli.

    Taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’ telah disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

    Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

    Program berkenaan bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

    Taklimat yang disampaikan oleh Hajah Noorhijrah turut menyentuh bendera kebangsaan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...