Gambar serahan Sekolah Ugama Katimahar
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Seramai 50 orang pelajar dari Sekolah Ugama Katimahar (sesi pagi), Kawasan Brunei IV telah mengikuti Program Bijak Jawi yang diadakan untuk menyuntik, mendidik, mengasuh dan memupuk semangat pelajar-pelajar dalam mempelajari bacaan dan penulisan Jawi.
Program didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar beramai-ramai.
Pelbagai aktiviti telah disediakan yang dipimpin oleh guru-guru untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya ilmu bahasa dan penulisan Jawi Penganjuran program itu juga bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran budaya membaca Jawi sebagai amalan berterusan itu.
Selain itu, ia juga merupakan majlis tahunan yang diadakan di seluruh sekolah-sekolah agama.