Suntik vaksin atau letak jawatan

HARARE, 8 SEPT – Kerajaan Zimbabwe semalam menegaskan akan memaksa kakitangan awam dan guru yang enggan menyuntik vaksin COVID-19 supaya meletak jawatan.

Menteri Kehakiman, Ziyambi Ziyambi berkata tindakan itu diambil bagi memastikan lebih ramai tampil mendapatkan suntikan vaksin.

“Kalau anda kakitangan kerajaan, demi keselamatan orang lain yang mendapatkan khidmat anda, dapatkan suntikan vaksin.

“Bagaimanapun, kalau anda mahu mempertahankan hak anda… sila letak jawatan, syarat yang sama terpakai untuk guru,” katanya dalam temu bual di radio tempatan.

Zimbabwe mempunyai sekitar 300,000 kakitangan awam termasuk kira-kira 100,000 orang guru. – AFP