Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Suntikan booster langkah kawal penularan Omicron

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Dalam kes-kes jangkitan COVID-19 di rumah persendirian yang semakin meningkat, besar kemungkinan kes Omicron dikesan namun sequencing mengambil masa dan diandaikan mungkin membabitkan Omicron.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, Omicron yang dikesan terdiri daripada kluster rumah persendirian dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, gejala Omicron adalah lebih ringan daripada Delta tapi bagi yang belum bervaksinasi mungkin sebaliknya.

    “Dalam usaha pihak kerajaan mengawal penularan wabak ini, persediaan yang telah disediakan ialah vaksinasi untuk orang ramai dan booster adalah salah satu pengawalan yang dilakukan untuk mengawal gejala ini.

    “Selain berdoa untuk memastikan supaya kita tidak mendapat COVID-19 dan kalau ada gejalanya ringan dan salah satu usaha ialah mengambil vaksin bagi yang belum pernah dan booster selain mematuhi SOP yang telah diarahkan,” tambahnya semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media bagi situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, kelmarin.- Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...